fbpx

Reezal Merican titip doa buat Hawari, luah dukacita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal (dua dari kiri) ketika berkunjung ke rumah keluarga Muhammad Hawari di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican turut berdukacita atas berita kehilangan peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023), yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu, Muhammad Hawari Hashim.

Beliau berkata, Muhammad Hawari ada menghantar mesej melalui WhatsApp kepadanya sebelum memulakan misi ke Gunung Everest.

“Saya amat berdukacita. Sebelum memulakan misi ke Everest, beliau ada menghantar mesej Whatsapp kepada saya “I’m ready to Everest”. Saya doakan semoga beliau diberikan keselamatan.

“Sama-sama kita doakan semoga diberikan kesejahteraan dan selamat ditemui dengan izin Allah SWT serta selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha memberi keselamatan, dari keselamatan, Maha Suci Allah, Pemilik kebesaran dan kemuliaan, Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini.

Ahli keluarga berkumpul di kediaman Muhammad Hawari di Kampung Permatang Kerai Besar, Kepala Batas hari ini. – Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa menziarahi ibu Muhammad Hawari, Che Tom Hassan, 64, di Kampung Permatang Kerai Besar, Kepala Batas di sini pagi tadi.

Muhammad Hawari, 33, dilaporkan hilang selepas turun dari puncak Everest dan berehat di kem empat pagi kelmarin selepas berjaya menakluk punca Everest petang Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI