fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah pemergian pengasas Restoran Tukdin di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah oleh Seri Paduka Baginda berdua yang dikongsi di laman Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Zainuddin Yahya yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Istana Negara, Zainuddin merupakan pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di Kota London, United Kingdom.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” kata Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, Zainuddin telah menetap lebih 40 tahun di London mengusahakan restoran Tukdin Flavours of Malaysia sejak lebih 13 tahun lalu dengan hidangan Malaysia menjadi inspirasi utama restoran berkenaan.

Restoran beliau sangat popular dan sering dikunjungi selebriti dunia, malah menjadi pilihan kenamaan, rakyat dan pelajar Malaysia di London. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI