fbpx

Padah ubah suai ekzos bingit, 22 motosikal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal yang diperiksa mengubah suai ekzos dalam Op Motosikal di Bukit Ampang Saujana, Ampang Jaya, semalam.

AMPANG JAYA – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya menyita 22 motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos di sepanjang Op Motosikal di Bukit Ampang Saujana, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil operasi yang dijalankan sebanyak 152 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, pengubahsuaian struktur kenderaan dan pengubahsuaian ekzos

“Sebanyak 22 buah kenderaan telah disita di bawah Seksyen 64 (1) dan Seksyen 6 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua kenderaan dibawa balik ke Balai Polis BSPT untuk proses panggil pemilik dan tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Tegas Mohamad Farouk, pihaknya menasihatkan pengguna motosikal supaya tidak melakukan pengubahsuaian pada motosikal dan mengelakkan diri dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI