fbpx

Lagi dua pokok tumbang di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melaksanakan kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang dalam kejadian di ibu negara pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua kejadian pokok tumbang direkodkan susulan angin ribut yang melanda ibu negara setakat pukul 8 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima dua panggilan kecemasan dari MERS999 dan talian terus ke balai berkaitan kes pokok tumbang.

Katanya, antara balai yang terlibat adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail.

“Panggilan pertama diterima pada pukul 8.05 pagi di Blok D, Dipo Solaries, Dutamas Publika Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi mendapati, sebatang pokok tumbang di atas jalan raya pintu masuk ke dalam pusat membeli-belah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, satu lagi kejadian berlaku di Jalan Athinahapan 1, Taman Tun Dr Ismail, sekitar pukul 8.07 pagi.

“Bagi kejadian itu, sebatang pokok telah tumbang dan menghalang lalu lintas. Namun tiada mangsa terlibat,” katanya

Menurut kenyataan itu, kesemua kerja pemotongan pokok serta pembersihan sudah dijalankan di kawasan berkenaan dan kedua-dua kejadian tidak melibatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI