fbpx

9 remaja ditahan bantu siasatan kes gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kes pergaduhan membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Butterworth yang tular di media sosial sejak semalam.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menahan sembilan individu bagi membantu siasatan berhubung dua kes pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Butterworth dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sembilan individu itu yang kesemuanya remaja di bawah umur ditahan secara berasingan semalam.

Menurutnya, pegawai penyiasat sedang mengambil keterangan kesemua tangkapan dan kemungkinan mereka akan diberikan jaminan polis hari ini memandangkan mereka merupakan pelajar sekolah.

”Polis mengesahkan ada penahanan dibuat berhubung dua kes pergaduhan berbeza di sekolah berkenaan. Sembilan individu yang ditahan adalah lapan pelajar sekolah dan seorang remaja yang tidak bersekolah,” katanya selepas menghadiri majlis terbuka Parlimen Tanjong, di sini hari ini.

Semalam, tular di media sosial video pergaduhan membabitkan pelajar di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Buterworth, dekat sini.

Tambah Kok Chin, kes itu melibatkan pergaduhan pelajar dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 kerana mendatangkan cedera dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI