fbpx

Zahid jamin kawasan felda, luar bandar turut terima kemudahan 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan, hari ini.-KOSMO/GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

TAMPIN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan kawasan penempatan tanah rancangan Felda dan juga kawasan luar bandar tidak akan terpinggir daripada menerima liputan telekomunikasi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau tidak mahu lagi ada terdapat anak-anak yang terpaksa memanjat pokok untuk belajar, manakala peneroka pula terpaksa pergi ke kawasan berdekatan menara telekomunikasi untuk mendapatkan capaian internet.

Menurutnya, teknologi baharu, teknologi generasi kelima (5G) itu kini sudah mencapai sebanyak 64 peratus pemasangannya telah dilakukan di kawasan yang berpendudukan tinggi di negara ini.

“Namun, felda dan kawasan luar bandar bukanlah kawasan yang berpendudukan tinggi. Saya tekankan dalam mesyuarat kabinet, kawasan luar bandar, kawasan felda, kawasan felcra wajib diberikan kesamarataan bagi segi liputan telekomunikasi 5g.

“Ini adalah sesuatu yang bukan sahaja menjadi panduan serta tanggungjawab syarikat tetapi juga Kerajaan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di Kompleks Sukan Komuniti Felda Jelai 2, Gemas, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI