fbpx

Kebenaran pakai baju sukan di sekolah bergantung cuaca semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) bergambar bersama murid dan pelajar yang menghadiri program Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Hari Raya Bersama Menteri Pendidikan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) masih meneruskan kebenaran kepada semua murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah kementerian memakai pakaian atau baju sukan yang sopan di sekolah sepanjang cuaca panas ketika ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kebenaran khas itu bergantung kepada cuaca semasa bagi memastikan keselesaan warga KPM sepanjang sesi persekolahan berlangsung.

Menurutnya, segala keputusan berhubung kebenaran khas itu bukan hanya dilaksanakan oleh KPM, sebaliknya ia turut mendapat nasihat daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Ini kebenaran khas (pemakaian baju sukan), jadi ia bergantung kepada cuaca. Tempoh dan pelaksanaannya juga berdasarkan situasi semasa. Teruskan dahulu pemakaian baju sukan atau yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia setakat ini.

“Langkah ini bagi memastikan warga KPM dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar dapat dipantau dengan rapi sekali gus dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Hari Raya Bersama Menteri Pendidikan di Hotel Grand Renai di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah KPM diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

KPM dalam kenyataan juga memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI