Pelakon Korea Selatan, Yoo Ah-in atau nama sebenarnya Um Hong-sik pulang ke rumah pada awal pagi 17 Mei lalu selepas disoal siasat selama 21 jam oleh unit penyiasatan jenayah dadah Agensi Polis Metropolitan Seoul.
Siasatan ke atas aktor itu berlangsung sehingga sekitar pukul 4.40 pagi dan dia meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 6.26 pagi selepas disiasat lebih kurang dua jam.
Apabila wartawan bertanya kepadanya mengenai insiden terbabit, dia memohon maaf atas kesulitan itu tetapi memilih enggan mengulas panjang mengenai semua pertuduhan termasuklah penggunaan kokain mahupun kaedah untuk mendapatkan dadah.
Polis mengesyaki pelakon itu menggunakan lima jenis dadah berbahaya seperti hemp, propofol, kokain, zolpidem dan ketamine.
Pada Februari lalu, polis menerima laporan makmal dari Institut Penyiasatan Saintifik Kebangsaan yang menunjukkan kehadiran empat komponen narkotik (hemp, propofol, kokain dan ketamine) dalam rambut dan air kencingnya.