MADINAH – Tabung Haji (TH) menganjurkan majlis bacaan Yasin dan dia selamat memohon supaya operasi pada tahun ini berjalan lancar dan jemaah mendapat haji mabrur.
Majlis yang dipimpin oleh Kapten Dr. Muhaidi Mustaffa dihadiri oleh 160 petugas kebajikan, perubatan dan pembantu TH yang dimulakan dengan solat maghrib dan hajat secara berjemaah.
Ia disusuli dengan bacaan Yasin dan doa selamat dan diakhiri dengan jamuan nasi arab kambing.
Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, pihaknya optimis bahawa operasi tahun ini dapt dilakukan dengan baik berdasarkan kursus yang telah diberikan ketika di Malaysia.
“Kita ada masa kurang daripada 24 jam sebelum kumpulan jemaah pertama tiba di sini untuk kita santuni mereka sebagai duyufurrahman (tetamu Allah) dan diharap semua aktiviti dan perjalanan haji pada tahun ini berjaln lancar,” katanya ketika berucap pada majlis itu di Surau Roha Almadina di sini malam tadi.
Menurut Ashrof, walupun telah berkursus, keadaan sebenar tidak sama dan petugas diingatkan supaya sentiasa berinteraksi sekiranya berdepan kesukaran. – KOSMO! ONLINE