fbpx

Anwar harap kerjasama dengan AS pulihkan alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menerima panggilan dari TYT John Kerry.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan harapan Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam peralihan tenaga boleh baharu, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, perkara itu disampaikan semasa beliau menerima panggilan daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat mengenai Iklim, TYT John Kerry semalam.

Katanya, pelbagai isu berkaitan alam sekitar telah dibincangkan ketika menerima panggilan itu.

“Kami bicara pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia.

“Saya berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG ) bersih sifar seawal tahun 2050,” katanya, di sini hari ini.

Menurut Anwar, beliau juga menekankan bahawa Amerika Syarikat sebagai salah satu negara maju wajar menjadi peneraju dalam mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia.

“Ia dapat dicapai dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI