fbpx

Dua penyamar polis diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Polis berjaya menahan dua lelaki yang memeras ugut dan menyamar sebagai pegawai polis dalam kejadian di Persiaran Botanik di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam apabila dua suspek berusia 20 dan 23 tahun itu memeras ugut RM300 daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan pelanggan sebuah restoran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sebelum memeras ugut didapati dua suspek itu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan sekeping kad berwarna putih menahan seorang pelanggan di sebuah restoran.

Katanya, pemerasan itu sebagai balasan tidak menangkap lelaki warga Bangladesh berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis kemudiannya mengesan kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Persona di kawasan Pulau Indah pada malam kejadian tersebut.

“Bagaimanapun, suspek didapati bertindak memecut laju sebelum dapat ditahan di Persiaran Botanik selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan jarak lokasi mengejar daripada Pulau Indah ke Persiaran Botanik kira-kira 18 kilometer.

Tambah Shamsul Amar, bersama penahanan tersebut membawa rampasan pelbagai barangan termasuk sehelai t-shirt hitam tertera tulisan ‘GERAK KHAS’ dan radio walkietalkie.

Ujar beliau, semakan mendapat kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 385 dan 170 Kanun Keseksaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI