fbpx

Waspada tawaran badal haji bawah RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai terutamanya umat Islam di Malaysia agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, setiap individu dari luar Makkah perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi manakala penduduk tempatan perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

“TH akan terus mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Tawaran badal haji jika sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas itu terlampau murah jika dibandingkan dengan harga asal permit haji yang harganya paling rendah adalah sekitar Saudi Riyal 4,000 (RM4,800) dan lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambah kenyataan itu, TH dan anak-anak syarikatnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk promosi, penawaran mahupun penyediaan perkhidmatan badal haji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI