fbpx

Monyet rampas kaca mata buat netizen terhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan gelagat monyet yang mencuit hati itu.

PETALING JAYA- Gelagat seekor monyet yang meragut kaca mata daripada seorang pengunjung baru-baru ini mengundang tawa orang ramai.

Menerusi video klip yang berdurasi hampir seminit dimuat naik di TikTok @Elliot Vell memaparkan haiwan tersebut mengambil kaca mata seorang pengunjung yang sedang menaiki tangga.

Tidak cukup dengan itu, selepas mengambilnya, monyet itu memakai kaca mata itu membuatkan orang ramai yang lalu-lalang turut ketawa.

“Hebat,” tulis pemilik terhibur di kapsyen.

Menurut video itu juga, seorang wanita berjaya memperdaya monyet itu dengan memberinya makanan supaya kaca mata itu dipulangkan semula.

Tindakannya itu dianggap bijak kerana pandai menjinakkan haiwan yang terlihat agak agresif itu.

“Wah, pandai lah perempuan tu,” komen user8579199429.

“Saya rasa apa yang perempuan itu buat sangat bijak, nampak macam ini bukan kali pertama perkara macam tu terjadi di situ,” komen Oraclegem.

“Macam dalam cerita Aladdin pula, pandai perempuan tu,” puji Minnie.

Video itu meraih 13 juta tontonan, 281,000 kesukaan dan 72,600 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI