fbpx

Radar meteorologi Kuala Gula cerap awan hujan 300 KM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMR Kuala Gula mampu melakukan cerapan awan hujan sejauh 300 Kilometer. Foto oleh WAT KAMAL ABAS/KOSMOI!

BAGAN SERAI – Stesen Meteorologi Radar (SMR) kepunyaan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang dibangunkan di Kuala Gula merupakan SMR pertama dibina di negeri Perak.

Pengarah MetMalaysia Perak, Ibrahim Johari, berkata, bangunan SMR Kuala Gula dengan keluasan 1.4 ekar dengan jumlah kos anggaran bernilai RM15 juta itu mula beroperasi buat pertama kalinya pada 1 April lalu.

“SMR Kuala Gula ini mengambil alih peranannya setelah SMR di Pangkalan Udara Butterworth telah ditamatkan operasinya pada 1 Mei tahun 2020 kerana keadaan peralatan yang semakin usang dan sukar untuk dibaik pulih.

“Seiring dengan kemajuan teknologi radar, pencerapan gema radar secara analog juga telah beralih kepada digital dan SMR Kuala Gula menggunakan radar S band yang mampu mengesan parameter awan hujan dalam lingkungan sejauh 300 Kilometer (KM),” katanya kepada pemberita selepas program memberi taklimat SMR Kuala Gula di Kuala Gula, Bagan Serai, di sini semalam.

Menurut Ibrahim, sistem pemancar dan penerima data (Transmitter and Receiver) yang terdapat di SMR Kuala Gula merupakan antara yang terbaik.

“Lokasi Kuala Gula dipilih adalah disebabkan kedudukannya yang strategik dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki pihak MetMalaysia. Kawasannya juga tidak terlindung dari kawasan gunung-ganang untuk pembekalan data-data meteorologi yang dicerap.

“Antara elemen meteorologi yang dicerap adalah hujan, suhu, pencerapan awan dan lain-lain,” katanya.

Tambahnya, MetMalaysia turut bercadang untuk mendirikan sebuah lagi SMR di Cameron Highland agar tiada kelompongan ketika melakukan pencerapan untuk kawasan yang tidak dicapai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI