fbpx

Liverpool masih ada peluang – ARM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN All Reds Malaysia (ARM), Muzili Aznor Musa (kanan) bersama legenda The Reds, Patrik Berger (dua dari kanan) bersama penyokong pada Majlis Pelancaran Jersi Liverpool musim 2023/24.

PETALING JAYA – Peningkatan ketara dan rekod tujuh kemenangan berturut-turut dicatatkan Liverpool menghadirkan keyakinan buat peminatnya di negara ini untuk menyaksikan kelab itu mampu menamatkan musim ini di kedudukan lebih baik.

Presiden All Reds Malaysia (ARM), Muzili Aznor Musa, berkata beliau percaya pengendali pasukan, Jurgen Klopp memiliki perancangan tersendiri untuk memastikan kemenangan pada baki dua perlawanan selepas ini.

“Mungkin ramai yang agak terkejut apabila melihat perjalanan Liverpool musim ini namun sejak akhir-akhir ini, sudah ada petanda positif dan mampu menghadirkan keterujaan kepada peminat.

“Saya percaya pasukan mampu kekalkan prestasi baik seperti yang pernah dipamerkan untuk cuba menamatkan musim ini di kedudukan lebih baik.

“Sama seperti pemain, pengurus dan seluruh pasukan, kami sebagai penyokong juga akan kekal positif terutamanya menjelang baki perlawanan selepas ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Jersi Liverpool musim 2023/24, hari ini.

Majlis itu disempurnakan lagi dengan kehadiran legenda The Reds, Patrik Berger.

Jersi kali ini menerapkan reka bentuk klasik dalam warna rasmi Liverpool iaitu merah dengan kolar kontras putih dan lilitan lengan yang diilhamkan oleh pemenang Piala FA, skuad Shankly 1973/74.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, berkata pihaknya akan membawa pengalaman Anfield kepada peminat yang mungkin tidak dapat pergi atau pun menikmati pengalaman tersebut secara secara langsung.

“Biarpun Liverpool mengalami prestasi yang pasang surut pada musim ini, kelab itu masih mempunyai peminat yang luar biasa,” katanya. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI