fbpx

Harga pakej umrah Andalusia tahun depan kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berurusan di Andalusia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours (Andalusia) memberi jaminan bahawa harga pakej umrah bagi musim 1445H tidak akan mengalami kenaikan.

Jaminan tersebut disuarakan Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris di sini malam kelmarin.

Bagaimanapun Ida Riswana berkata, jika ada perubahan polisi di Arab Saudi seperti kenaikan harga visa serta perkara di luar kawalan pihaknya, perubahan harga akan berlaku, namun pada kadar yang minima.

“Setakat ini harga umrah kita masih kekal jika tidak berlaku perubahan polisi di Arab Saudi dan perkara di luar kawalan seperti kenaikan mata wang asing.

“Dari awal lagi model perniagaan Andalusia adalah menawarkan barang yang tetap, sebab itu kita ada perjanjian, kita akan tempah tiket penerbangan, hotel dari awal lagi. Bila dah tahu kos dari awal, ia tidak akan berubah sehingga akhir musim.

“Cuma pada musim lalu (1444H) kita hanya mengubah sekali sahaja kos apabila berlaku kenaikan mata wang asing dan ia perkara di luar kawalan pihak kita. Itu pun kenaikan sedikit sahaja kerana sebahagian ditanggung oleh pihak syarikat,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI