fbpx

Raja Permaisuri berkerusi roda, rakyat titip doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Permaisuri berkerusi roda pada Majlis Perasmian pembukaan Persidangan Dunia Ke-30 Associated Country Women of the World di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Majlis Perasmian pembukaan Persidangan Dunia Ke-30 Associated Country Women of the World di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini mendapat perhatian rakyat apabila baginda berkerusi roda.

Situasi tersebut turut tular di media sosial apabila beberapa keping gambar yang dimuat naik menerusi portal berita memaparkan Raja Permaisuri duduk di atas kerusi roda dengan ditolak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai yang mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Raja Permaisuri.

“Kenapa Raja Permaisuri kesayangan rakyat berkerusi roda? tak sihat kenapa? semoga cepat sihat Tuanku. Rakyat di sini sentiasa mendoakan kesembuhan buat Tuanku berdua,” kata Aisyah.

“Ya Allah, kau berikanlah kesihatan dan kesembuhan buat Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sayu pula hati apabila patik melihat keadaan Tuanku begini,” luah Aini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI