fbpx

Bantu warga emas, pemandu e-hailing raih pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sepasang warga emas dibantu pemandu e-hailing itu.

PETALING JAYA- Tindakan murni seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina membantu sepasang suami isteri warga emas keluar dari kenderaannya menyentuh hati orang ramai.

Video klip yang dimuat naik di TikTok @zetadox memaparkan, pemandu itu membantu lelaki warga emas meletakkan isterinya atas kerusi roda sambil dibantu seorang pengawal di situ.

“Pemandu ini bawa penumpang sepasang suami isteri Melayu yang mana kedua-duanya nampak lemah bila nak berjalan. Suaminya juga nampak macam tidak bermaya,” katanya di kapsyen.

Tambahnya, dia yang menyaksikan peristiwa itu berasa sangat terharu kerana merasakan masih ada lagi individu yang baik dan tidak bersikap prejudis pada masa kini.

“Kebaikan masih lagi wujud dalam dunia ini, tanpa mengira bangsa dan agama.

“Menyaksikan perbuatan yang baik seperti ini merupakan suatu hal yang sangat bermakna. Semoga Tuhan merahmatimu wahai pemandu,” luahnya di kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa bangga dan tersentuh melihat keprihatinan yang ditunjukkan oleh pemandu e-hailing tersebut dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam perkhidmatan pengantaraan.

“Terima kasih orang muda, anda menjadi inspirasi buat semua tanpa mengira agama dan bangsa. Inilah wajah rakyat Malaysia,” komen Nobody.

“Tahniah kepada pemandu, pengawal sama, kamu memang baik hati,” kata KakGee.

“Dia memang sangat baiklah, tidak semua hendak menolong jika (melihat) situasi seperti ini,” komen Nat Zack.

“Saya tak boleh tengok situasi macam ni, hati tersentuh sangat, terutamanya melibatkan orang tua, terima kasih pemandu,” komen Kay.

“Semoga pemandu dimurahkan rezeki, dapat banyak pesanan dan dipermudahkan dapat jalan yang tak sesak,” komen Oren. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI