fbpx

Guru didakwa amang seksual budak, simpan video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun dan memiliki video lucah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Hafiz Ab. Ghani, 39, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Lelaki itu didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun melalui aplikasi WhatsApp pada 30 Jun 2021.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di sebuah sekolah rendah dalam daerah Alor Gajah pada 25 November 2021.

Selain itu, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyimpan video lucah dalam telefon bimbitnya dan berdepan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari memohon jaminan tinggi dikenakan dengan mengambil kira tertuduh sebelum ini pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan sama.

Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kesemua pertuduhan selain dilarang mengganggu saksi sehingga kes selesai.Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI