fbpx

Remaja jadi tokan dicekup, miliki lebih 52kg syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azman (tengah) menunjukkan bungkusan syabu yang dirampas daripada seorang remaja lelaki pada sidang media di IPK Sarawak, hari ini.

KUCHING – Seorang tokan dadah yang baru berusia 18 tahun dicekup kerana memiliki sebanyak lebih 52 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata remaja lelaki itu ditangkap oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menerusi serbuan ke atas sebuah pangsapuri di Batu Kawa, kira-kira pukul 1.30 pagi hari ini.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur dikesan menjalankan aktiviti pengedaran dadah jenis syabu sejak April lalu. Dadah dikirim menggunakan perkhidmatan kurier oleh ahli sindiket yang berada di Semenanjung Malaysia,” katanya pada sidang media di IPK Sarawak, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata rampasan syabu seberat 52, 526 gram itu boleh digunakan oleh seramai 262,550 orang.

“Suspek akan menghantar dadah ke lokasi yang diarahkan melalui telefon. Pasaran adalah di sekitar Kuching dan daerah-daerah berdekatan,” katanya.

Beliau menambah suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau ujian saringan air kencing juga negatif dadah dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula esok sehingga 25 Mei untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup termasuk sebatan dengan tidak kurang daripada 15 sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI