fbpx

Isu badal haji, perbincangan diadakan dengan TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im beramah mesra dengan pengamal media pada Majlis Sambutan Aidilfitri bersama Menteri Agama Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu badal (upah) haji di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pertemuan bersama TH yang dijangka diadakan hari ini akan memperincikan berkenaan bidang kuasa pihak terlibat dalam mengelola ibadah berkenaan.

“Saya perlu berbincang dengan TH dahulu sebab ada kekeliruan. Sama ada badal haji ini jatuh di bawah bidang kuasa TH atau Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kita perlu dapatkan maklumat terperinci terutama dalam kawal selia dan garis panduan berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Media di sini hari ini.

Susulan itu, Mohd.Na’im berkata, umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dengan sebarang tawaran badal haji lebih-lebih lagi jika harga ditawarkan terlalu rendah bagi mengelak penipuan.

“Jadi, saya akan berbincang lebih lanjut mengenai perkara itu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (TH), Syed Hamadah Syed Othman dan Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

“Sebaik pertemuan dan perbincangan selesai, saya akan membuat kenyataan berhubung isu tersebut. Insya-Allah minggu depan nanti akan diumumkan,” jelasnya.

Semalam, Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menasihati rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan tawaran badal (upah) haji yang makin banyak ditawarkan pihak terlibat.

Presidennya, Datuk Mohd. Khalid Harun berkata, terdapat lambakan iklan badal haji di media sosial yang menawarkan kos serendah RM1,500 hingga RM3,500 seorang

Untuk maklumkan pihak Kementerian Haji Arab Saudi telah menetapkan empat kategori pakej haji yang disediakan untuk penduduk tempatan tahun ini, dengan kos antara SAR 3,984 (RM4,819) hingga SAR 11,841 (RM14,323). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI