fbpx

Edar ganja, tiga suspek direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara Dadah jenis Ganja yang dirampas polis dalam serbuan di Kampung Paya Kamunting baru -baru ini.- Ihsan Polis Perak

TAIPING – Dua lelaki dan seorang perempuan direman selama enam hari mulai 18 Mei hingga 23 Mei ini kerana disyaki melakukan aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di Kampung Paya Kamunting , disini.

Ketua Polis Perak,Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menahan tiga orang suspek merupakan dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 35 hingga 39 tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam serbuan yan dilakukan di Kampung Paya Kamunting menjumpai dadah jenis ganja dengan berat 48.446 gram yang dianggarkan bernilai RM153,260.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan,ketiga -tiga suspek dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak bulan Jun tahun 2022 bagi pasaran tempatan dinegeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Yusri, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap ketiga -tiga suspek mendapati negatif.

“Kesemua suspek juga didapati tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta)1988.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita iaitu tiga buah kenderaan dan satu rantai leher berjumlah RM220,930,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI