MARANG – Suspek kes bunuh Siti Nur Suria, 19, dibawa masuk untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Marang hari ini.
Mangsa ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di beberapa anggota badan di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu pada Ahad lalu.
Suspek merupakan remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga kawan baik mangsa ditahan sewaktu memberi keterangan di Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu pada semalam. – K! ONLINE