fbpx

Pasangan suami isteri maut jatuh dari tingkat 20 hotel di Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang maut akibat jatuh dari sebuah hotel di Genting Highlands di Bentong.

BENTONG – Sepasang suami isteri maut selepas terjatuh daripada tingkat 20 bangunan sebuah hotel di Genting Highlands di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin yang dilaporkan di Balai Polis Genting Highlands.

“Hasil siasatan awal polis mendapati sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 tahun dari Taiping, Perak datang ke Genting Highlands pada 11 Mei lalu dan mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Genting Highlands.

“Laporan bedah siasat oleh pihak hospital ke atas mangsa mendapati kematian suaminya disebabkan ‘massive hemothorex’ manakala punca kematian isterinya pula akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham hasil pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati bermula dari tarikh kedua mangsa berdaftar sehingga tarikh kejadian tiada siapa melainkan mereka yang keluar masuk dari bilik.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya ada apa-apa maklumat berkaitan kes ini mohon menghubungu ke bilik gerakan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI