fbpx

[KEMASKINI] Seorang lagi penumpang bas persiaran meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di KM 375, LPT 2 berhampiran susur keluar Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Kilometer 375.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi di sini meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa, Choo Chia Tan, 44, dari Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan yang merupakan pengusaha kedai buku disahkan maut pada pukul 9 pagi.

Beliau berkata, wanita itu yang parah di dada meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Dungun di sini.

“Mangsa merupakan adik ipar korban pertama, Tan Poh Hwa, 42, yang parah pada kepala dan tangan. Seorang penumpang, kanak-kanak berusia lapan tahun parah manakala 22 penumpang lain termasuk pemandu bas berusia 26 tahun cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Baharudin berkata, kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Dungun dan Hospital Hulu Terengganu.

Bas yang dinaiki 32 individu termasuk pemandu dan pemandu pelancong itu dalam perjalanan dari Tampin ke Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Kesemua mangsa dalam perjalanan bercuti di Pulau Redang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI