fbpx

Seorang maut, bas persiaran bawa pelancong kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di KM 375, LPT 2 berhampiran susur keluar Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang maut manakala sembilan cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa 31 penumpang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375, Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran susur keluar Bukit Besi di sini hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu. Baharum Mohamad Hasim berkata, kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 pagi.

Menurutnya, bas persiaran itu sedang dalam perjalanan membawa sejumlah pelancong ke lokasi peranginan terkenal, Pulau Redang, Kuala Nerus.

“Bas persiaran itu difahamkan telah hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan lebuh raya,” katanya di sini hari ini.

Baharum berkata, setakat ini, seorang penumpang telah disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu mengalami cedera parah.

Tambah beliau, enam lagi penumpang bas persiaran tersebut juga mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Dungun di sini. Mereka yang cedera dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI