fbpx

Polis Thai banteras aktiviti pelacuran di tepi Pantai Pattaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota polis tidak membenarkan para pekerja seks menawarkan perkhidmatan mereka di pantai Pattaya mulai kelmarin. - KhaoSod

BANGKOK – Polis Pelancongan Thailand melarang pekerja seks daripada menjual perkhidmatan mereka di  pantai-pantai di Pattaya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Pada malam kelmarin polis pelancong dan anggota dari Balai Polis Bandar Pattaya mengarahkan pekerja seks termasuk kumpulan transgender meninggalkan Pantai Pattaya.

Polis menegaskan bahawa mulai kelmarin, mereka  tidak lagi dibenarkan berdiri di tepi pantai untuk menjual perkhidmatan kepada pelancong, lapor portal berita KhaoSod.

“Mereka akan dikenakan denda berat jika melanggar peraturan tersebut selepas ini,” kata seorang pegawai polis kanan, Kolonel Somchai Thiraphatphaisarn.

Pekerja seks tidak pernah dibenarkan mencari pelanggan di pantai itu kerana semua aktiviti pelacuran adalah haram di Thailand. 

Somchai berkata, tindakan keras terhadap pelacuran tepi pantai itu adalah bagi mematuhi arahan Timbalan Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn supaya pihak berkuasa lebih teliti dalam mencegah jenayah terhadap pelancong.

Pantai Pattaya mungkin dipilih sebagai pantai kedua paling popular di dunia tetapi bertukar menjadi sarang jenayah kecil apabila matahari mulai terbenam. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI