fbpx

Naik bas bawa mayat anak kerana tak mampu bayar ambulans RM439.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashim Debsharma terpaksa membawa mayat anaknya berusia lima bulan di dalam beg sejauh 200 km dengan menaiki bas ke rumahnya di Kaliaganj . - ETV Bharat

NEW DELHI  – Seorang bapa di India terpaksa menempuh perjalanan 200 kilometer dengan menaiki bas bersama mayat anaknya yang berusia lima bulan di dalam beg kerana tidak mampu membayar tambang ambulans, lapor portal berita Independent semalam.

Insiden berlaku di negeri Bengal Barat pada Ahad lalu. Ashim Debsharma  menaiki bas selepas pemandu ambulans meminta bayaran 8,000 rupee (RM439.50) untuk membawa dia dan mayat anaknya pulang dari Siliguri ke Kaliaganj.

“Anak lelaki saya berusia lima bulan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital dan Kolej Perubatan Bengal Utara (NBMCH) di Siliguri selama enam hari. Saya membelanjakan 16,000 rupee (RM879) untuk rawatan tersebut,” katanya.

Menurut Ashim, pemandu ambulans meminta tambang 8,000 rupee untuk membawanya pulang ke rumah. Oleh kerana wangnya tidak cukup, dia memasukkan mayat anaknya ke dalam beg dan menaiki bas untuk  pulang ke Kaliaganj.

Lelaki tersebut berkata, dia menghubungi perkhidmatan ambulans di nombor 102, namun diberitahu bahawa kemudahan percuma itu hanya untuk pesakit dan bukan penghantaran mayat, lapor portal berita NDTV.

Ashim menaiki bas tanpa meminta bantuan daripada penumpang atau kakitangan kenderaan itu kerana bimbang jika mereka menemui mayat anaknya, dia akan diminta  turun daripada  bas  tersebut.

Pihak berkuasa hospital bagaimanapun berkata, dia tidak menghubungi pihak pengurusan untuk mendapatkan ambulans.

“Pihak NBMCH tidak mempunyai kenderaan jenazah sendiri tetapi jika keluarga kurang berkemampuan memintanya, kami akan mengaturkannya melalui jawatankuasa kebajikan pesakit,” kata Penguasa hospital itu, Dr. Sanjay Mallik seperti dilaporkan akhbar Hindustan Times. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI