fbpx

Keluarga minta pejabat pendaftaran benar tukar nama Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Juraev mahu menukar nama anak mereka, Putin Dzhuraev selepas berlakunya perang antara Russia dengan Ukraine. - Foto The Juraev Family

MOSCOW, Russia  – Sebuah keluarga yang menamakan anak lelaki mereka Putin pada 2016 sebagai menunjukkan rasa sayang kepada Presiden Russia, Vladimir Putin,  memohon kepada pihak berkuasa untuk mengubah nama tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ibu bapa berketurunan Tajikistan  itu menamakan anak mereka yang kini berumur lapan tahun sebagai Putin Dzhuraev.

Mereka  memberitahu pejabat pendaftaran tempatan bahawa ingin memberikan nama Rasul kepadanya.

Ketua Pejabat Pendaftaran daerah Alexandrovsky, Ekaterina Belous  berkata, pasangan suami isteri itu ‘menyesal’  kerana menamakan anak mereka Putin tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.

Keputusan menamakan kanak-kanak itu Putin dibuat oleh datuknya, Rahmon Juraev yang meminati Vladimir Putin. 

“Vladimir Putin ialah lelaki nombor satu di dunia. Beliau gagah, pintar dan berpendidikan. Cucu saya sangat mirip dengan Putin semasa kecil dan tanpa teragak-agak, saya memutuskan untuk menukar nama kanak-kanak itu,” kata Jurayev.

Keluarga itu berasal dari Tajikistan iaitu  negara yang pernah menyanjungi  Vladimir Putin sebagai pemimpin ikonik.

Mereka melarikan diri ke Russia pada tahun 1990-an selepas berlakunya perang saudara yang sengit.

Sejak perang  Ukraine bermula tahun lepas, populariti Vladimir  Putin di rantau Asia Tengah mulai pudar. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI