fbpx

30 tukang masak sediakan makanan untuk jemaah Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
seorang petugas masakan mengacau kari ayam yang akan dihidangkan pada waktu makan tengah hari kepada petugas TH di Mekah semalam.

MEKAH – Walaupun tidak kerap dapat solat di Masjidilharam, sekumpulan petugas Tabung Haji (TH) bahagian masakan tetap gembira kerana dapat menyediakan makanan kepada jemaah supaya mereka kekal bertenaga untuk beribadat.

Ketua cef, Wan Noor Zamran Hashim, 52, berkata, lebih 30 tukang masak dipilih untuk tugasan tersebut pada musim haji tahun ini dengan sebahagiannya merupakan warga tempatan.

Katanya, rutin harian mereka bermula seawal pukul 3.30 pagi dan berakhir pada waktu maghrib bagi menyediakan sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam buat petugas TH dan jemaah yang menetap di 12 buah maktab.

“Kami gembira berkhidmat kepada duyufurrahman walaupun tidak kerap dapat solat di Mas­jidilharam atau Masjid Nabawi.

“Kita masak dengan cita rasa Malaysia dan kena dengan selera Melayu. Kita membawa rempah ratus, ikan bilis, udang dan cili kering serta belacan dari Malaysia, manakala bahan basah se­perti ayam dan ikan dibeli di pasar besar di sini,” katanya ketika ditemui di Maktab Janadriah di sini semalam.

Menurut Wan Noor Zamran, makanan yang paling digemari ialah nasi ayam dan setiap Jumaat mereka akan memasak menu istimewa. Menu sarapan pula ialah bihun, nasi goreng dan nasi lemak selain roti canai.

Tambahnya, setiap kali memasak, mereka akan membuat dalam kuantiti 1:1.5 bagi menge­lakkan makanan tidak cukup yang mengganggu mood jemaah.

“Objektif memasak makanan cita rasa Malaysia ialah untuk mengubat kerinduan jemaah kepada kampung halaman kerana mereka tinggal di sini agak lama,” katanya.

Ujarnya, petugas masakan juga berpeluang mengerjakan haji ketika mereka melakukan tugasan sama ketika jemaah berada di Mina, Muzdalifah dan Arafah.

Tambahnya, petugas sentiasa diingatkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kerana mungkin ini merupakan peluang terakhir dipilih ke Tanah Suci.

Seorang lagi cef, Yusairi Mustafa, 45, berkata, segala penat lelahnya hilang setiap kali melihat makanan yang dimasak habis dimakan oleh jemaah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI