fbpx

Penggunaan air di Johor meningkat 50 juta liter sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Cuaca panas ekstrem sejak bulan lalu menyebabkan jumlah penggunaan air di negeri ini meningkat kepada 50 juta liter air sehari (MLB).

Pengarah Operasi Ranhill SAJ Sdn. Bhd., Anuar Abdul Ghani berkata, mengikut perincian Ranhill SAJ, penggunaan air itu meningkat kepada 1,050 MLB sehari berbanding 1,000 MLB sehari ini, sebelum ini.

“Kadar peningkatan penggunaan air itu dikesan berlaku khususnya di Johor Bahru yang merekodkan peningkatan ketara. Purata penggunaan air di negeri ini adalah 2,200 MLB sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ranhill SAJ, di sini hari ini.

ANUAR (kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ranhill SAJ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru hari ini.

Dalam pada itu, Anuar memberitahu semua 14 empangan di negeri ini berada dalam keadaan normal dan beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, setakat ini masih belum ada empangan di negeri ini yang merekodkan penurunan paras air walaupun berdepan cuaca panas melampau ketika ini.

“Secara keseluruhannya, semua 14 empangan, loji rawatan air (LRA) dan intake sungai di Johor masih beroperasi dalam keadaan normal dan seperti biasa.

“Malah tiga empangan di Juaseh, Ledang dan Linggiu pula merekodkan paras air lebih daripada normal dengan berlaku limpahan air berikutan hujan beberapa hari lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI