fbpx

MotoGP: Aprilia yakin mampu pintas Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESPARGARO menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima pada perlumbaan di Le Mans Ahad lalu. – AFP

LE MANS – Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sudah memasuki perlumbaan kelima musim ini, namun Aprilia baru sahaja me­raih satu podium menerusi Ma­verick Vinales pada Grand Prix (GP) Portugal di Litar Portimao Mac lalu.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba Aprilia, Aleix Espargaro percaya mereka tidak memiliki jurang terlalu besar dengan Ducati yang dianggap pasukan terbaik setakat ini dalam saingan 2023.

Justeru, pelumba Sepanyol itu berkata, mereka hanya perlu bekerja keras sedikit sahaja lagi bagi merapatkan jurang tersebut, seterusnya kembali memberikan cabaran kepada Ducati dalam kejuaraan dunia musim ini.

“Saya percaya kami hanya perlu bekerja keras sedikit dalam perlumbaan sebenar bagi me­nunjukkan potensi sebenar yang ada pada jentera Aprilia. Saya yakin kerana jentera kami ada kemampuan.

“Sudah lama saya katakan bahawa jentera kami sangat bagus dan tidak jauh beza dengan Ducati, sebab itulah kami perlu buktikan. Saya harap kami boleh lakukannya pada perlumbaan di Mugello nanti,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan kekecewaan apabila sekadar menamatkan perlumbaan GP Perancis di Litar Le Mans di kedudukan kelima Ahad lalu, namun dapat merasakan jenteranya sudah semakin baik.

“Saya tidak gembira dengan kedudukan kelima, tetapi masih berpuas hati memandangkan prestasi kami agak terumbang-ambing sejak awal musim. Saya banyak memintas pelumba lain di Le Mans, jadi ia sesuatu yang positif,” ujar Espargaro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI