fbpx

Kabinet belum putuskan siapa sedia draf kawal selia kalimah Allah – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (dua, kiri) menyampaikan sijil Persaraan Pegawai Pendaftaran Negeri Sarawak, Sidik Rashid pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2022 dan Persaraan Tahun 2023 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Dewan Puspanitapuri Putrajaya, hari ini. -FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kabinet setakat ini belum memutuskan pihak mana yang akan menyediakan draf kawal selia mengenai penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kabinet semalam bersetuju supaya suatu formula kawal selia dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun, katanya, pihak mana yang akan menyediakan draf komprehensif itu belum lagi diputuskan oleh Kabinet.

“Kalau dari segi akta yang menjadi punca kuasa iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, akta itu di bawah kawal selia KDN.

“Namun, siapa yang akan sepatutnya sediakan rencana komprensif itu akan ditentukan oleh Kabinet kelak,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Majlis Persaraan 2023 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini, hari ini.

Ditanya bila draf itu akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, Saifuddin berkata, ia tertakluk kepada Majlis Raja-Raja.

“Kita tunggu mesyuarat (Majlis Raja-Raja) nanti. Kita tidak tahu bila dan kali ke berapa,” katanya.

Ditanya juga sama ada isu ini akan dimainkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Saifuddin berkata, beliau menggesa semua ahli politik mengambil tanggungjawab berhubung isu berkenaan.

“Isu ini adalah isu emotif (berkaut emosi), mereka (ahli politik) semua tahu. Jangan pula kita membelakangkan fakta dan pada masa sama, mengaut keuntungan politik.

“Mahkamah tidak pernah memutuskan soal agama, ia hanyalah aspek pelanggaran kepada percanggahan keputusan Kabinet dengan arahan pentadbiran sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI