fbpx

EPL: Sheikh Jassim enggan mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLD TRAFFORD akan mengalami perubahan dan penambahbaikan sekiranya Sheikh Jassim berjaya memiliki penguasaan terhadap United. – AFP

MANCHESTER – Billionaire Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani dilaporkan melancarkan satu lagi bidaan untuk mendapatkan hak pemilikan Manchester United dan ia dipercayai me­rupakan tawaran terakhir sama ada diterima atau mereka akan menarik diri.

Laporan menyebut bahawa perkembangan itu menyaksikan bidaan terbaharu tersebut adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini untuk terus memberikan saingan kepada Sir Jim Ratcliffe yang dianggap sebagai calon pilihan ketika ini.

Ratcliffe yang merupakan taikun petrokimia dipercayai mendahului saingan apabila mengemukakan tawaran menarik termasuk mengekalkan dua pemilik dari Keluarga Glazer, Joel dan Avram dengan memberikan pegangan saham minoriti.

Bagaimanapun, tawaran yang dikemukakan oleh Sheikh Jassim sedikit berbeza kerana beliau mahukan pemilikan penuh kelab tersebut bersama beberapa lagi cadangan penambahbaikan kelab itu yang tidak kurang menarik.

Selain memiliki penguasaan penuh ke atas kelab tersebut, Sheikh Jassim turut membuat tawaran untuk menghapus kira hutang-hutang yang ditanggung kelab berkenaan yang dipercayai berjumlah £536 juta (RM3.02 bi­lion).

Beliau juga bersedia untuk membuat pelaburan besar de­ngan membawa masuk lebih ramai pemain berprofil tinggi untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan serta membuat peng­ubahsuaian terhadap stadium United, Old Trafford.

Para peminat United dipercayai lebih berminat untuk melihat Sheikh Jassim sebagai pemilik baharu kelab berkenaan berbanding Ratcliffe yang masih mahu mengekalkan pasangan adik beradik Glazer dalam pihak pengurusan pasukan tersebut.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI