fbpx

EPL: Wakil Harry Kane, PSG adakan rundingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE berpeluang untuk menamatkan kemarau trofi dalam kariernya jika memilih beraksi bersama PSG. – AFP

LONDON – Wakil bintang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane dipercayai terbang ke Pe­rancis untuk bertemu Penasihat Bola Sepak Paris Saint-Germain, Luis Campos.

Masa depan kapten England tersebut menjadi bualan hangat ketika kontraknya bersama Spurs bakal berakhir penghujung musim depan dan kelab itu sedia untuk menjualnya berbanding melepaskannya secara percuma.

Kane ketika ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, namun gergasi Perancis berkenaan juga enggan melepaskan peluang untuk mencuba mendapatkan khidmat pemain berusia 29 tahun tersebut.

Campos dipercayai telah me­nemui Kane sebelum ini untuk berbincang mengenai potensi perpindahannya dan cuba memujuk pemain berkenaan untuk menerima tawaran kontrak yang bakal diberikan.

Usaha mendapatkan Kane merupakan keutamaan PSG ketika ini selepas mereka mengakui sangat memerlukan khidmat pemain No. 9 selepas gagal mendapatkan tandatangan bekas bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski yang memilih ke Barcelona.

Selain Kane, PSG juga dilaporkan turut mengintai peluang mendapatkan penggempur berbisa Napoli, Victor Osimhen yang telah membantu pasukan itu bergelar juara Scudetto.

Bagaimanapun, jika perban­dingan harga dibuat, nilai Kane dianggap lebih murah apabila PSG hanya perlu membayar sekitar £87 juta (RM489.93 juta) berbanding Osimhen yang bertanda harga £130 juta (RM732.08 juta).

Namun, sehingga kini masih belum dapat disahkan mengenai pendirian Kane sama ada bersedia meninggalkan Liga Perdana Inggeris, atau menyertai PSG akan membuatkan cita-citanya meraih gelaran bakal menjadi kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI