fbpx

[VIDEO] Gordon Ramsay suruh Khairul Aming beli sudu lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video duet Ramsay dan Khairul Aming di TikTok.

PETALING JAYA – Cef terkenal dunia, Gordon Ramsay menegur pembikin kandungan video makanan, Khairul Aming untuk menggunakan sudu yang lebih besar ketika menggaul keseluruhan bahan membuat puding kukus.

“We need to get a bigger spoon for Christmas, that’s a tiny spoon (kita perlukan sudu lebih besar untuk sambut ‘Christmas’, itu sudu kecil),” tegur Ramsay secara sponton.

Semalam, Ramsay menerusi hantaran di TikToknya memuat naik video gandingan bersama Khairul Aming dan dia sempat mengulas cara penyediaan puding kukus gula hangus yang dikongsikan pempengaruh media sosial itu.

Katanya, resepi asal menu tersebut adalah dari Switzerland dan diolah dengan pelbagai cara di negara-negara yang lain.

Ramsay juga turut memaklumkan dia amat meminati menu tersebut dan teruja untuk melihat cara penyediaan oleh orang Malaysia.

“Hello Malaysia (Hai Malaysia). I will love this (Saya akan sukakan ini) burnt sugar steamed puding (puding kukus gula hangus),” pujinya.

Sementara itu, Khairul Aming menerusi ciapan terbaharunya di Twitter meluahkan rasa teruja apabila video masakannya mendapat perhatian cef terkenal tersebut.

“Guys (kalian) Gordon Ramsay duet video masak saya.

“Habis la merajuk sudu kayu aku ini,” ciapnya hari ini bagi membalas teguran spontan yang dibuat Ramsay. – KOSMO! ONLINE

@gordonramsayofficial #duet with @Khairulaming Spoons on me for the holidays ! Well done ! Get more recipes like this in my #unchartedcookbook Gx #ramsayreacts ♬ original sound – Khairulaming

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI