fbpx

Isteri penat urus anak, suami selamba bawa pelacur ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila suaminya, bertindak kejam dengan membawa pelacur pulang ke rumah.

Perkara itu dikongsikan semula di akaun Twitter Abudi Alsagoff, apabila wanita tidak dikenali itu meminta bantuannya untuk mendapatkan pandangan umum.

Menurut wanita berkenaan, dia meluahkan rasa penat apabila terpaksa bekerja dan menguruskan perihal anak-anak yang berusia tiga sehingga tujuh tahun.

“Saya penat jaga anak dan bekerja. Saya akan bangun sebelum atau selepas 5.30 pagi untuk urus anak-anak.

“Saya tolak untuk buat hubungan intim bersama suami, keesokan harinya, dia bawa balik pelacur ke rumah kami,” luahnya.

Dia yang tertekan dengan keadaan itu, meminta nasihat dan pandangan umum untuk meneruskan penceraian.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata terkejut dengan perkara yang menimpa wanita berkenaan.

“Kumpul bukti, nanti bila anak dah besar tunjuk dekat anak-anak yang bapa mereka ni jijik,” komen Anak Masnan.

“Macam perangai bekas abang ipar aku, main perempuan lain lepas kakak aku bersalin ‘czer’. Bila kantoi, bagi alasan sebab tak ‘layan’,” komen Aiin.

Perkongsian itu menjadi tular di Twitter dengan tontonan sebanyak 978,000, 4,931 tanda suka dan 2,535 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI