fbpx

Pegawai, anggota tentera maut langgar lori mengundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang maut dalam kemalangan itu.

SABAK BERNAM – Seorang pegawai kanan dan anggota tentera maut selepas kenderaan dinaiki melanggar lori yang dipandu secara mengundur di jejambat Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang, Sungai Besar di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.20 petang ketika kedua-dua mangsa lelaki berusia 28 dan 49 tahun itu yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal yang berkhidmat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah itu datang dari Lumut, Perak.

Katanya, sewaktu kejadian terdapat sebuah lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 35 tahun dipercayai baru selesai menjalankan kerja pembersihan jalan di kawasan tersebut.

“Pemandu itu kemudian memandu dalam keadaan mengundur untuk mengutip kon selepas kerja pembersihan. Pada waktu itu, kereta dinaiki dua mangsa dari arah Sabak Bernam ke Klang gagal mengelak lalu melanggar belakang lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Agus Salim menambah, kemalangan itu menyebabkan mangsa masing-masing pemandu dan penumpang belakang kereta itu telah mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori tersebut tidak mengalami kecederaan. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital berdekatan bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI