PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kompleks LKIM, Mukah, Sarawak pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Justeru itu, MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta agar tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.
“Ujian siren tersebut akan dilakukan di Kompleks LKIM, Mukah, Sarawak. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu ujian sahaja.
“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE