SEBENARNYA, sudah banyak kali penyanyi dangdut, Baby Shima berdepan gangguan lelaki miang menerusi kiriman mesej peribadi mahu pun platform media sosial.
Kali ini, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli itu tidak berdiam diri, sebaliknya ‘mengajar’ individu tersebut dengan cara tersendiri.
Baby Shima bukan sahaja mendedahkan mesej berbaur lucah yang dilayangkan kepadanya, malah turut berkongsi nama akaun serta wajah pelaku perbuatan itu.
Menerusi tangkap layar DM (Direct Message) tersebut, lelaki itu bertanyakan kepadanya berapakah deposit yang harus dibayar jika mahu ‘bersamanya’ selama dua jam.
Sudah tentu reaksinya mengundang komen pengikut yang meminta penyanyi berusia 30 tahun itu membuat laporan polis atas gangguan dibuat.
Mizz Lahar setuju dengan saranan netizen sebab perbuatan biadab sebegitu sewajarnya dapat hukuman, selain sebagai amaran kepada orang lain supaya tidak mengulangi perangai jijik sama.
Mizz Lahar: Takut dengar pengakuan seorang ‘anak ikan’ mendakwa dirinya dilanggan personaliti televisyen.