fbpx

Anwar enggan ulas isu kekayaan sewaktu jadi TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR IBRAHIM

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas dakwaan berhubung kekayaannya sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Malaslah,” Demikian katanya ringkas ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Anwar supaya mendedahkan kekayaan yang dimiliki ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk mengisytiharkan hartanya sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 hingga 1998.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menegaskan, beliau sudah pun mengisytiharkan harta secara terbuka berbanding Mahathir yang didakwa belum berbuat demikian.

“Baru-baru ini saya isytihar sebanyak RM11 juta dan itu harga rumah di Segambut. Itu bukan lagi rahsia dan diketahui umum,” katanya.

Namun hari ini, Mahathir kembali menyerang Anwar dengan mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak pernah mengisytiharkan harta berdasarkan deklarasi aset Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 November 2018.

“Anwar boleh jelaskan benar atau tidak kenyataan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Mahathir memaklumkan telah mengisytihar harta sebanyak RM32.35 juta meliputi tiga buah rumah serta aset-aset lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI