KUALA KANGSAR – Sebanyak 31,000 liter minyak diesel bersubsidi berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah kilang papan tidak bernombor di Kampung Chuar Hulu dekat Sauk, di sini hari ini.
Serbuan melalui Op Tiris pada pukul 10.30 pagi itu menemui bahan bakar berkenaan disimpan di dalam dua unit skid tank.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan di lokasi juga menjumpai sebuah lori lima tan dan sebuah van yang diubah suai dengan meletakkan tangki lain selain tangki asal lori tersebut.
Katanya, kesemua kenderaan, peralatan penyedut minyak dan cecairdipercayai minyak diesel dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM101,400, telah disita.
Menurut beliau, berdasarkan risikan, sindiket itu mengupah ‘tonto’ bagi memastikan aktiviti mereka beroperasi tanpa disedari pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE