fbpx

Insentif RM500 kepada bakal jemaah haji M40, B40 Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Insentif wang tunai sebanyak RM500 akan diberikan kepada bakal 3,000 jemaah haji tahun ini yang memerlukan khususnya kumpulan B40 dan M40 di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu dilakukan menerusi Insentif Haji Muassasah daripada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

Katanya, permohonan insentif itu akan dibuka mulai Jumaat ini hingga 25 Ogos depan.

“Setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan berikan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembap bibir.

“Keseluruhan program ini melibatkan peruntukkan sebanyak lebih RM1.65 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin turut memaklumkan urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri masing-masing bagi memudahkan memudahkan proses pendaftaran dan akan diselaraskan MBI selaku pelaksana program.

Ujarnya, para jemaah yang layak memohon semestinya adalah warganegara dan menyampaikan
salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan.

“Saya mengharapkan bahawa usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh merujuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI