fbpx

Puja batu keramat demi nombor ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI di Hutan Simpan Gunung Tampin inilah yang dijadikan kawasan pemujaan oleh kaki judi untuk mendapatkan nombor ekor.

TAMPIN – Keindahan Hutan Simpan Gunung Tampin di sini yang terkenal dalam kalangan kaki hiking mula terancam de­ngan aktiviti pemujaan yang dikesan berlaku di sebuah lokasi di kawasan berkenaan.

Aktiviti pemujaan itu dipercayai telah dilakukan sejak bertahun lamanya berdasarkan wujudnya binaan keagamaan di lokasi berkenaan yang disyaki didalangi oleh kaki-kaki judi yang ingin mendapatkan nombor ekor.

Seorang penduduk tempatan, Halimah Ujang, 40, berkata, aktiviti pemujaan ketika ini hanya dilakukan dalam tempoh singkat berbanding sebelumnya kerana bimbang dikesan oleh pihak

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang telah memasang pita amaran di kawasan terbabit.

“Kami hanya berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera berhubung masalah ini lebih-lebih lagi ia dilalukan di kawasan hutan simpan.

“Kawasan yang sepatutnya menjadi kawasan riadah oleh masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur tidak wajar dicemari dengan sebarang aktiviti pemujaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

 

COLOK dipasang dipercayai bagi tujuan pemujaan.

 

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali memberitahu, pada awalnya tiada binaan patung di lokasi berbatu yang dianggap keramat dan pemuja hanya meletakkan colok bagi aktiviti pemujaan.

“Lama-kelamaan, kawasan yang dianggap keramat itu dililitkan dengan tali berwarna merah dan turut mula dikunjungi oleh kaki nombor ekor,” katanya.

Difahamkan, kaki nombor ekor akan mendapat ilham selepas pemujaan baik melalui mimpi atau gerak hati.

Sementara itu, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaludin berkata, pada Februari lalu, pihaknya mendapati terdapat peralatan sembahyang bagi tujuan keagamaan telah diletakkan tanpa kebenaran dalam Hutan Simpan berkenaan.

“Kita juga telah meminta mana-mana individu atau lebih tepat lagi pemilik peralatan ber­kenaan untuk segera membawa keluar barang-barang pemujaan di kawasan Hutan Simpan Gunung Tampin sebelum lokasi berkenaan dirobohkan.

“Ia merupakan satu kesalahan untuk menjalankan aktiviti seperti ini dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI