fbpx

JPA tubuh jawatankuasa khas tangani salah laku kakitangan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan warga JPM ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka MADANI JPM Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas diwujudkan di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi meneliti syor tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan salah laku kakitangan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ketua jabatan masing-masing sedang dalam proses mengambil tindakan selain ada daripadanya telah dikenakan tindakan.

Jelasnya, kes yang melibatkan salah laku seperti jenayah rasuah akan diambil tindakan sendiri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kes yang diangkat oleh SPRM ini ada jabatan dan agensi sebenarnya dalam tindakan JPA.

“Ada juga beberapa kes itu yang mungkin dalam proses menyiasat, jadi saya jangkakan ada satu jawatankuasa khas di JPA untuk melihat laporan tersebut.

“Mungkin apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM (Tan Sri Azam Baki) adalah kes-kes yang kumulatif menyebabkan kes menjadi banyak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Sebelum ini, Azam mendedahkan beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka dalam tempoh sedekad lalu, walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.

Berdasarkan statistik, daripada 533 laporan, sebahagian besar iaitu 125 daripadanya membabitkan jabatan-jabatan polis manakala di tempat kedua adalah Jabatan Pengangkutan Jalan selain melibatkan mahkamah, Pejabat Perdana Menteri, pihak berkuasa agama, hospital dan jabatan kesihatan, serta universiti.

Mohd. Zuki berkata, selepas pendedahan SPRM itu, beberapa agensi terlibat diarahkan memberikan maklum balas dalam tempoh masa tertentu.

Katanya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga mengambil langkah segera untuk berbincang dengan pihak SPRM mengenai laporan tersebut.

“Saya rasa sudah ada tindakan, nanti saya minta JPA beri penjelasan lagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI