fbpx

Lima lelaki didakwa kes culik, minta wang tebusan RM1.12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menculik. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang jurujual lelaki untuk mendapatkan wang tebusan RM1.12 juta bulan lalu.

Mereka ialah Suhaimi Mat Zin, 41, Wong Guo Song, 33, Yong Zi Hui, 25, Zulkarnain Ramli, 46, dan Muhammad Azam Hatan, 32.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes culik itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dengan yang masih bebas didapati dengan maksud menahan, abduksi (menculik) dan mengurung seorang lelaki berusia 39 tahun yang mana dengan tujuan mendapatkan wang tebusan anggaran RM1.12 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah jalan di Bandar Sri Petaling di sini pukul 10.30 malam pada 29 April lalu yang didakwa di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan.

Empat tertuduh iaitu Suhaimi, Guo Song, Zi Hui dan Zulkarnain diwakili peguam-peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah, Izwan Arif Ibrahim, Nasir Nordin dan Azinuddin Karim.

Sementara seorang lagi tertuduh Muhammad Azam tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI