fbpx

Pemandu van maut rempuh kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak hari ini. - Foto IHSAN JBPM

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki maut setelah van yang dipandunya melanggar sebuah kedai runcit di Simpang Lima di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, mangsa berkenaan, Ezrul Azmi, 33, memandu seorang diri selepas menghantar anaknya ke sekolah.

Beliau memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8 pagi hari ini dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar telah bergegas ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.

“Anggota bomba telah menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan pegawai perubatan mengesahkan dia telah meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamadul Ehsan, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI