fbpx

E-dompet Touch ‘n Go alami gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go (TnG)ketika ini sedang menghadapi masalah teknikal.

Syarikat tersebut dalam satu hantaran memaklumkan, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut.

“Jika baki e-dompet anda mencukupi, anda masih boleh menggunakan PayDirect dan RFID untuk membayar tol dan parkir kereta.

“Kami memohon maaf atas gangguan perkhidmatan dan kesulitan anda. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu juga, Litrak Group dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, semua lorong RFID di plaza tol berkenaan bagi kedua-dua arah ditutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI