fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Tumbukan Nor Iman jelmakan ’emas’ di Phnom Penh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Iman Hakim Rakib cemerlang tundukkan wakil Indonesia, Firman Muharram Syach sebentar tadi. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

PHNOM PENH – Atlet kick boxing negara, Nor Iman Hakim Rakib mendedikasikan kilauan pingat emas acara kick light bawah 69 kilogram (kg) yang diraih pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini buat ayah kandungnya, Rakib Ahmad.

Pada aksi di Dewan Elephant, Morodok Techo sebentar tadi, Nor Iman berjaya menumbangkan lawan dari Indonesia, Firman Muharram Syach dengan keputusan 2-1.

Menurut Nor Iman, keputusan untuk mendapatkan ‘strategi tambahan’ dengan berkomunikasi dengan ayah menerusi telefon sebelum pertarungan banyak membantu.

“Terima kasih kepada ISN (Institut Sukan Negara) kerana saya terpaksa diurut tiga kali sebab nak bagi badan saya dalam keadaan baik. Nampak macam alasan, tetapi itulah yang buat saya bersemangat.

“Saya harap keluaraga saya gembira sebab adik saya dapat emas dulu (di Sukan SEA). Saya ada hubungi ayah dan dia bagi strategi, semangat dan pesan buat yang terbaik,” katanya.

Lebih menarik, Nor Iman sebelum ini pernah bersaing dalam acara taekwondo dengan meraih pingat gangsa pada edisi 2019 di Filipina dan pingat perak pada edisi 2021 di Vietnam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI