fbpx

KMM siap sedia kemungkinan darurat strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (dua dari kiri) beramah-mesra dengan warga KKM pada sesi town hall Kertas Putih Kesihatan Zon Timur di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat ekoran cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, berkata, antara persediaan KKM ialah memastikan fasiliti kesihatan berada pada tahap terbaik bagi menerima kemasukan pesakit akibat strok haba dalam kapasiti ramai.

Begitupun, beliau memberitahu, situasi semasa masih terkawal dengan hanya 15 kes dilaporkan setakat ini dengan satu kes kematian dilaporkan melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

“Sebanyak 15 kes (yang dilaporkan) itu adalah empat kes strok haba, kelesuan (lima) dan kekejangan (enam). Cuaca panas  memberi kesan secara global dan Malaysia juga tidak terlepas daripada (fenomena) El Nino,” katanya di Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah di sini hari ini.

Zaliha berkata, KKM sentiasa memantau perkembangan semasa, bersedia sekiranya berlaku lagi kes membabitkan pesakit strok haba pada bila-bila masa dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti disaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, katanya, Kertas Putih Kesihatan yang dirangka bagi menambahbaik sistem kesihatan negara akan dibentangkan ke Kabinet pada 26 Mei ini sebelum dibacakan buat kali pertama di Parlimen kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI